Bagi seorang lepasan undang-undang, mendapat kebenaran untuk
mengamalkan undang-undang di mahkamah - dalam erti kata lain, menjadi
peguam - setelah menghabiskan tempoh sebagai perantis adalah saat
berharga yang ditunggu-tunggu.
Namun, bagi Asiah Abdul Jalil, 36, harapannya untuk menjadi peguam sepenuhnya musnah semalam (20 Julai) selepas 'master' beliau memfailkan kaveat untuk menghalangnya melalui acara 'long call' itu.
Ibu kepada sembilan anak itu mendakwa kaveat itu difailkan ekoran penglibatannya dengan sekumpulan aktivis, termasuk senator P Waythamoorthy, yang memulakan prosiding undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri pada 1 Mac 2017.
Ia antara lain menuntut pendakwah Zakir Naik diisytiharkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara, dalam usaha membatalkan statusnya sebagai penduduk tetap di negara ini.
Tuntutan itu dibatalkan mahkamah awal tahun ini.
Asiah adalah graduan Universiti Teknologi Mara pada 2014 dan dua tahun kemudian menjadi perantis bawah firma Aznel and Associates di Kuantan, Pahang.
Tamat tempoh perantis dengan 'master' beliau Muhammad Aznel Azaharudin Februari tahun lalu, dan telah melepasi semua kursus yang diperlukan, Asiah menghantara borang kepada Badan Peguam.
"Malangnya master saya enggan menandatangani salah satu borang kerana dia dapat tahu saya terlibat dengan saman sivil dengan 17 aktivis lain terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri untuk mencabar status PR Zakir.
"Saya melibatkan diri atas kesedaran sendiri tanpa pengaruh sesiapa. Ia mendapat liputan meluas dan Aznel menjadi marah serta mendesak saya menarik diri daripada saman sivil itu.
Dia enggan menyokong borang 'long call' saya, menafikan hak saya. Dia kata jika dia benarkan saya menjadi peguam, saya akan jadi ancaman kepada Islam," katanya lagi.
Asiah berkata telah bersemuka dengan Aznel pada 2017 dan memintanya menurunkan tanda tangan, namun Aznel tetap menolaknya dan terus membangkitkan isu Zakir dan Siti Kasim - yang turut terlibat dalam saman itu.
Usaha pengantaraan
Asiah kemudian membawa isu itu kepada Majlis Peguam yang kemudian melantik seorang perantara bagi kes itu. Namun usaha itu gagal.
Menurutnya, Aznel memberitahu Majlis Peguam yang beliau bertindak biadab terhadapnya dan isteri, yang juga rakan kongsi firma, ketika mesyuarat dan di Facebook, dan justeru gagal menunjukkan karakter yang baik sebagai peguam.
Asiah kemudian cuba mendapatkan pertolongan daripada Majlis Peguam dan Badan Peguam Kuala Lumpur untuk meluluskan permohonannya tanpa persetujuan Aznel kerana beliau sudah menggunakan pelbagai cara selama lebih setahun.
"Pada 30 Mei, saya menghantar borang saya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diberitahu acara (long call) akan diadakan pada 20 Julai."
Katanya lagi, beliau memaklumkan perkara itu di Facebook dan mendapat tahu pada Rabu lalu yang jabatan peguam negara tidak menghalang permohonannya.
"Namun, Aznel memfailkan kaveat bertarik 11 Julai membantah acara itu dan maka saya dihalang untuk menghadirinya," katanya lagi.
Asiah mendakwa beliau tidak diberikan kertas kaveat itu, menyebabkannya terpaksa melantik peguam sendiri untuk mencarinya agar dapat mengemukakan cabaran minggu depan.
Katanya, Waythamoorthy yang kini menjadi menteri di jabatan perdana menteri tahu kemelut yang dihadapinya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Aznel berkata terlalu awal untuknya mengulas perkara itu kerana ia belum dipertimbangkan di mahkamah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan