Isnin, 2 Julai 2018

Bukan Akta MKN tapi PLKN yang sedang dikaji semula






Kementerian Pertahanan hari ini memberitahu kajian semula yang dinyatakan menterinya pada 28 Jun lalu adalah merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukannya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti yang dilapor.

Kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu berkata, terdapat kekeliruan dalam laporan media berhubung kenyataan Mohamad Sabu berkenaan Akta MKN dalam sesi wawancara bersama media pada hari tersebut.

“Kajian semula yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan adalah merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bukannya Akta MKN seperti yang dilaporkan,” dipetik dari kenyataan itu.

Jelas kenyataan tersebut lagi, Kabinet akan memutuskan sama ada program PLKN diteruskan atau tidak selepas selesai kajian semula dilakukan.

Kerajaan BN sebelum ini meluluskan Akta MKN di Dewan Rakyat pada 2015. Kelulusan akta drakonian itu didakwa membelakangi Majlis Raja-Raja dan diluluskan tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, banyak pihak menganggap pewartaan Rang Undang-undang (RUU) MKN 2015 sebagai undang-undang adalah perkembangan berbahaya yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perlembagaan negara.

Tiada ulasan: