Jumaat, 6 April 2018

Zambry mohon perkenan Sultan Perak bubar DUN esok

THE MALAYSIAN TIMES
 


IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan esok bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Zambry berkata beliau akan menghadap dan memohon perkenan pembubaran DUN daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pagi esok.

“Seperti yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok) sebentar tadi, kita akan turut sama bubar Dewan Undangan Negeri dan saya telah maklumkan kepada pejabat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk menghadap Sultan Perak.

“Ia akan diikuti tarikh (pembubaran) seperti mana yang telah diumumkan perdana menteri,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang terakhir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Tarikh akhir DUN Perak terbubar adalah 27 Jun ini.

Tiada ulasan: