Ahad, 22 April 2018

Veteran tentera sokong KEADILAN

KEADILAN DAILY

Hasil carian imej untuk LOGO PKR


Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menzahirkan sokongan kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14.

Presiden Pahlawan, Asri Buang berikrar untuk mengerah anggotanya untuk menyertai Harapan dalam kempen PRU14.

“Selaku presiden, saya turut mewakili lebih kurang 1.5 juta pesara tentera, termasuk anak dan isteri masing-masing untuk berdiri teguh bersama Harapan.

“Setakat ini, seramai 14,000 ahli kami di seluruh negara akan membantu calon Harapan, sekali gus akan meyakinkan 500,000 veteran tentera yang dinafikan hak mereka oleh Barisan Nasional (BN),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, pagi tadi.

Asri berkata, pendirian NGO berkenaan dibuat selepas keluhan mereka mengenai kebajikan veteran tentera tidak didengari Umno BN selama ini.

Permintaan tersebut yang terkandung dalam Tuntutan 5 Perkara (T5P) antara lain mahukan kerajaan menghulurkan bantuan sebanyak RM6000 setahun kepada anggota tentera yang tidak berpencen.

Mereka juga menuntut bayaran atas budi bicara sebanyak RM300,000 bagi anggota tentera yang hilang upaya semasa operasi ketenteraan.

Tiada ulasan: