KUALA LUMPUR: DAP mengesahkan calon-calonnya tidak akan menggunakan
simbol roket parti untuk PRU14, sebaliknya menggunakan logo sama dengan
calon parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata hanya calon DAP di Sabah dan
Sarawak akan terus menggunakan logo roket kerana sayap DAP di dua negeri
itu mempunyai kuasa-kuasa autonomi tertentu.
“Kita sudah membuat keputusan, Ia bukan keputusan mudah namun DAP
bersetuju untuk menggunakan logo sama dengan calon-calon Pakatan yang
lain, “ kata beliau.
Lim enggan mengesahkan bahawa calon-calon PH termasuk DAP akan menggunakan logo PKR di Semenanjung pada PRU14.
Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan esok oleh pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad di Johor.
Lim berkata walaupun akar umbi DAP tidak selesa dengan calon mereka
menggunakan logo parti lain, ia perlu demi memastikan saingan dua
penjuru menentang BN.
PH merangkumi PPBM, DAP, PKR dan Amanah. Bagaimanapun Pendafar
Pertubuhan (RoS) hari ini mengumumkan PPBM pimpinan Dr Mahathir
dibubarkan sementara kerana melanggar beberapa peruntukan di bawah Akta
Pertubuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan