KEADILAN DAILY
Kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang diketuai KEADILAN terus konsisten berbakti kepada rakyat walaupun penggal perkhidmatan mereka akan tamat pada bila-bila masa dengan pembubaran Parlimen.
Hal ini terbukti apabila Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi menggalakkan lebih banyak peniaga dan peruncit untuk menghantar permohonan bagi menjadi sebahagian daripada kedai panel program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Menurutnya, permohonan untuk menjadi kedai panel program KISS masih dibuka sehingga kini.
“Sebenarnya kita mahu menggalakkan lagi peniaga dan peruncit khususnya rakyat Malaysia supaya mendaftar, sekali gus memudahkan penerima KISS berbelanja di kedai panel berdaftar.
“Walaupun saiz kedai mereka mungkin tidak besar seperti pasaraya lain, namun atas semangat dan sokongan yang diberikan, mereka telah bersama-sama menjadi sebahagian dari ahli keluarga KISS.
“Maka, diharapkan akan ada lebih ramai lagi peniaga dan peruncit bekerjasama dengan program KISS untuk menjual barangan keperluan asas kepada para ibu,” katanya selepas merasmikan Kedai Runcit Wak Adon di Kampung Perajurit, Telok Gong, lapor Selangorkini.
Dr Daroyah berkata, pelaksanaan program KISS memberikan manfaat kepada suri rumah dan juga peniaga dan peruncit.
Setakat ini, terdapat lebih 300 kedai runcit dan pasaraya panel KISS berdaftar di seluruh Selangor.
Program ini memberikan bantuan perbelanjaan dapur sebanyak RM2400 setahun kepada isi rumah berkelayakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan