Rabu, 25 April 2018

Saya sudah jadi ahli MIC sejak 2005 – Sivarraajh

Kumara Sabapatty
Keahlian myPPP tidak wujud lagi
Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran


KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Datuk C. Sivarraajh telah menghantar surat meminta menjelaskan status beliau dalam myPPP pada 20 April lalu.

Katanya, dengan tindakan itu keahlian beliau dalam myPPP yang didakwa masih aktif sejak 2003 tidak timbul lagi.

“Ini bukan isu besar, perkara kedua keahlian saya bersama myPPP sudah tamat pada 2004 dan saya sudah menegaskannya saya bukan lagi ahli myPPP.

“Mengapa mereka masih bertegas mahu kata saya ahli myPPP,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya sejak 2005, beliau sudah menjadi ahli MIC secara rasmi dan dilantik sebagai Ketua Pemuda parti pada 2013 setelah menang dalam pemilihannya ketika itu.

“Jadi mana ada timbul isu keahlian myPPP lagi. Saya sudah terminate (membatalkan) keahlian (myPPP) sejak 20 April dan mana boleh memaksa saya masih menjadi ahli.

“Ini bukan isu besar dan presiden Subramaniam pun sedia maklum mengenai perkara ini.

“Mereka (myPPP) tidak mendapat Cameron Highlands untuk bertanding dan tiba-tiba timbulkan  isu ini pula,” tegas beliau lagi. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: