Ahad, 1 April 2018

PRU14: KAMALANATHAN TANDING SUNGAI BULOH

WATAN ONLINE




Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan dijangka tidak akan mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Kerusi berkenaan yang majoritinya Melayu akan kembali kepangkuan UMNO selepas dipinjamkan kepada MIC.

Menurut sumber UMNO Selangor, Kamalanathan akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh mengikut persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Kerusi Hulu Selangor sememangnya kerusi tradisi UMNO, malah di kawasan itu juga pengundi Melayunya lebih 60 peratus dan amat wajar UMNO mengambil kembali kerusi itu.

“Sebagai gantinya beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh yang juga dilihat sebagai kerusi selamat,” katanya kepada Watan Online.

Sebelum ini, UMNO Selangor difahamkan mencadangkan nama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan untuk bertanding di situ.

Namun, selepas UMNO membuat keputusan untuk mengambil kerusi Hulu Selangor, maka kerusi Parlimen Sungai Buloh diberikan kepada wakil MIC itu.

Tiada ulasan: