BANDAR JENGKA: Biar pun Umno dan BN mendabik dada mampu mempertahankan Pahang, sebaliknya 25 bekas pemuda Umno Felda Tonkin pula memilih PAS.
Felda terbabit merupakan kubu Umno di kawasan parlimen Kuala Krau.
Yang
Dipertua PAS Kuala Krau, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, PAS
terus mendapat sokongan orang ramai dan terbaharu 23 bekas ahli dan
penyokong Umno.
Katanya, penyertaan bekas ahli Umno itu menyuntik semangat bagi menguatkan benteng PAS di Felda berkenaan.
Aktivis PAS Kuala Krau, Zukri Saleh pula
berkata, perubahan sikap pemuda Umno merupakan satu kejayaan dakwah PAS
sejak sekian lama.
“Penyertaan mereka merupakan satu
kejayaan bagi PAS. Bekas pemuda Umno terbabit berani mereka mengubah
pendirian politik bukan suatu yang mudah,” katanya di sini. (Foto: Roslan Md Esa menerima borang keahlian PAS di Felda Tonkin yang disampaikan Asrul.)
Wakil kumpulan pemuda Umno terbabit
menyerah borang menyertai PAS kepada Ketua Pemuda PAS Bentong, Ustaz
Roslan Md Esa sempena program ceramah baru-baru ini. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan