KOTA BHARU:
Mantan Ahli Jawatankuasa Umno Tanah Merah, Che Mood Che Mamat yang
mengetuai seramai 60 ahli Umno menyertai PAS beramai-ramai hari ini.
Malah kata beliau, lebih 200 penyokong Umno sudah menyatakan kesediaan mereka untuk mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ini.
"Yang hadir pada hari ini 60 orang
tetapi di Gual Ipoh ada 200 lebih tetapi saya tidak bawa semua,
nama-nama mereka ada pada saya.
"Kami menyertai PAS secara sukarela
kerana bosan dengan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan
sebagainya kerajaan BN hari ini," katanya.
Langkah Che Mood itu disambut bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Tanah Merah, Yakezan Ibrahim, 54, apabila turut menyertai PAS.
Menurutnya, hasrat untuk menyertai PAS sudah lama selepas ramai kawan dan sahabat terdekat turut berbuat demikian menyertai PAS.
Che Mood menyerah borang menyertai PAS
kepada Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Dato' Abdul Fattah Mahmood. Hadir
sama Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung,
Dato' Takiyuddin Hassan dan Setiausaha PAS Kelantan, Dato' Che Abdullah
Mat Nawi. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan