KUALA LUMPUR: Keputusan pembatalan pendaftaran PPBM tidak memberi kesan
kepada politik negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk
Seri Nazri Aziz.
Nazri kemudiannya berkata pembatalan pendaftaran PPBM tidak akan
memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
“Tiada kesan kepada kami. Pengundi sudah membuat keputusan.
“Kami mahu menang dalam satu pertarungan yang hebat dan bukan kerana
pendaftaran mana-mana parti dibatalkan," katanya selepas melancarkan
Pelancongan Pintar Malaysia 4.0.
Nazri berkata PPBM tidak harus menyalahkan sesiapa dalam perkara itu
sementelah pihaknya sendiri yang mencipta dan melanggar perlembagaan
partinya itu.
“Perlembagaan parti dirumuskan oleh mereka yang mencipta parti itu.
Tiada orang paksa kamu masukkan apa-apa pun. Kamu yang tetapkan dan kamu
mesti patuhi undang-undang.
“Apa yang mereka masukkan itu satu keperluan bagi mana-mana parti yang
sah di negara ini dan oleh itu kamu mestilah patuhinya,” katanya.
Beliau berkata Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhak membatalkan
pendaftaran parti itu, “terutama selepas akar umbi parti itu sendiri
membuat aduan”.
“Saya faham mengapa Pakatan Harapan tidak dapat didaftarkan kerana isu pandaftaran salah satu parti anggota mereka.
“Kamu perlu patuhi undang-undang. Kita harus ingat Umno juga pernah
diisytiharkan haram kerana gagal mematuhi perlembagaan parti.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan