Selasa, 24 April 2018

Parti SUPP-BN didakwa kempen guna masjid di Sarawak


Roketkini.com

Jika selama ini pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sering memberi amaran dan tekanan kepada parti-parti politik khususnya pembangkang supaya tidak ‘memasuki’ masjid, kini lain pula keadaannya.

Akibat terdesak meraih sokongan bumiputera Islam di Parlimen Stampin, parti SUPP – BN dijadualkan akan menjalankan aktiviti kempen mereka di Masjid Darul Ehsan, Kampung Hj Baki pada jam 8.30 malam ini.

Aktiviti kempen SUPP di masjid tersebut diketahui melalui poster yang diedarkan.

Mengecam tindakan itu, Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak Abdul Aziz Isa berkata, tindakan SUPP berpolitik di masjid  jelas menunjukkan BN amat terdesak dan merupakan cubaan mencemar tempat ibadat dengan kempen politik kepartian.

Antara pemimpin SUPP yang dijangka memberikan ceramah ialah ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang dan beberapa pemimpin lagi.

“Saya difahamkan bahawa pemimpin SUPP akan menggunakan untuk menyampaikan ceramah politik Barisan Nasional pada malam ini.

“Sesungguhnya, saya mengecam tindakan jijik dan kotor SUPP kerana mempolitikkan rumah ibadat milik orang Islam untuk tujuan meraih undi BN!” katanya dalam kenyataan.

Menurut Aziz, jika SUPP terdesak untuk menang di Parlimen Stampin, mereka boleh menganjurkan ceramah di lokasi yang sesuai dan tidak mempergunakan tempat ibadat untuk meraih sokongan.

“Saya bagi amaran kepada pemimpin SUPP, ini adalah Sarawak! Tolong jangan sebarkan politik sempit, fitnah dan kebencian di dalam rumah ibadat orang Islam!” katanya lagi. –Roketkini.com


Tiada ulasan: