Jumaat, 6 April 2018

Parlimen dibubar esok

Hafiz Marzukhi, Astro Awani
Parlimen dibubar esok
Perdana Menteri mengumumkan Parlimen akan dibubarkan esok, Sabtu, 7 April, 2018. - Gambar hiasan
 
 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen akan dibubarkan pada hari esok bagi membolehkan proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bermula.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu di pejabatnya di sini sebentar tadi.
Pengumuman tersebut dibuat selepas Perdana Menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

"Pengumuman ini dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Baginda telah memperkenankan bagi Parlimen dibubarkan berkuat kuasa esok," kata Najib dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung hari ini.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari, iaitu sebelum 6 Jun ini.

Tiada ulasan: