Isnin, 23 April 2018

Kit Siang bertanding di Parlimen Iskandar Puteri

ANTARAPOS

Post Pic


JOHOR BAHRU: Lim Kit Siang diumumkan kekal bertanding di kerusi Parlimen Iskandar Puteri (dahulu dikenali Gelang Patah) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis Jamuan Makan Malam Dana Pilihanraya Kawasan Parlimen Iskandar Puteri di Restoran Pekin Sutera, Sutera Mall, Skudai di sini, malam tadi.

Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP bertanding sejak 1969 sehingga 2013.

Dalam tempoh itu beliau bertanding di tujuh kerusi Parlimen berbeza di Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Beliau hanya tewas sekali di Parlimen Bukit Bendera pada 1999

Pada PRU-13, Penasihat DAP itu menewaskan bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi

Tiada ulasan: