KUALA LUMPUR: MIC hari ini mengesahkan Ketua Pemudanya, Datuk C
Sivarraajh akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang
sebelum ini menjadi rebutan Presiden MyPPP, Tan Sri Dr M Kayveas.
Pengumuman itu disahkan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, calon dipilih berdasarkan pelbagai faktor penting
sambil berharap masyarakat setempat dan pengundi akan memberi sokongan
padu demi kemajuan serta kemakmuran negara.
Susulan itu, satu sidang media bersama semua calon MIC yang terpilih akan diadakan pada Selasa ini.
Berikut adalah senarai calon penuh MIC bagi kerusi Parlimen
Parlimen
1. Segamat (Johor) - Datuk Seri Dr S Subramaniam
2. Cameron Highlands (Pahang) - Datuk C Sivarraajh
3. Tapah (Perak) - Datuk Seri S Saravanan
4. Sungai Siput (Perak) - Datuk Seri S K Devamany
5. Hulu Selangor (Selangor) - Datuk P Kamalanathan
6. Kapar (Selangor) - Datuk M Mohana
7. Sungai Buloh (Selangor)- A Pakas Rao
8. Kota Raja (Selangor) - V Gunalan
9. Port Dickson (Negeri Sembilan) - Datuk V Mogan
Dewan Undangan Negeri (DUN)
KEDAH
1. Lunas -M Thuraisingam
2. Bukit Selambau - Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh
PULAU PINANG
1. Bagan Dalam - J Dhinagaran
2. Perai - M Suresh
PERAK
1. Sungkai - Datuk V Elango
2. Buntong -
3. Jelapang - K Thankaraj
NEGERI SEMBILAN
1. Jeram Padang - Datuk L Manikam
2. Sri Tanjung - R Thinalan
MELAKA
1. Gadek - Datuk P Panirchelvam
PAHANG
1. Sabai - Datuk R Goonasakaren
JOHOR
1. Gambir - Datuk M Asojan
2. Tenggaroh - K Ravenkumar
3. Kahang - Datuk R Vidyananthan
4. Skudai - Datuk G S Kanan
SELANGOR
1. Ijok - K Parthiban
2. Sungai Tua - Datuk N Rawisandran
3. Sentosa - T R Subramaniam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan