BANGI: DAP hari ini mengumumkan akan bertanding di empat kerusi
Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada
pilihan raya kali ini.
Enam daripadanya muka baru, dan tidak kurang menarik adalah bekas exco
dan anggota jawatankuasa kerja pusat (CEC) Ronnie Liu membuat kemunculan
semula selepas digugurkan pada PRU lalu.
Antara kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu termasuk Bangi dan
Damansara, dahulunya dengan nama Serdang dan Petaling Jaya sebelum
persempadanan semula.
Selain 15 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU ke-13, DAP kali ini akan bertanding di Dusun Tua yang dipegang PAS.
Pengumuman dibuat Setiausaha Agung Lim Guan Eng di pusat operasi pilihan raya DAP Bangi hari ini.
Dalam ucapannya, Lim berkata calon diputuskan oleh CEC parti itu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyandang yang tidak
dicalonkan semula, atas khidmat mereka sepanjang penggal lalu.
"Saya harap mereka akan terus berkhidmat. Parti lebih penting daripada
individu, tiada (tokoh) yang lebih besar daripada parti," katanya.
'Kawasan kelabu'
DAP menganggap DUN Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bharu sebagai kerusi 'kelabu' iaitu sukar dimenangi.
Pada PRU lalu, DAP menang di Sungai Pelek dengan majoriti yang agak
kecil iaitu 1,972 undi, dan Kuala Kubu Bharu pula dengan 1,702 undi.
Sebelum ini timbul spekulasi mengatakan exco Ean Yong Hian Wah dan Datuk Teng Chang Khim akan dicalonkan di kerusi itu.
Muka baru Lim Yi Wei akan bertanding di Kampung Tunku. Penyandang DUN
itu Lau Weng Sian berpindah ke DUN Banting (sebelum ini dengn nama Teluk
Datuk).
Penyandang DUN Teluk Datuk Loh Chee Heng dibuang daripada parti pada
2016 selepas didapati bersalah menyalahgunakan dana kerajaan negeri yang
diperuntukkan kepada kawasannya.
Berikut adalah senarai penuh kerusi dan calon DAP di Selangor:
PARLIMEN
Bangi (sebelum ini Serdang) - Ong Kian Ming
Puchong - Gobind Singh
Damansara (sebelum ini Petaling Jaya Utara) - Tony Pua
Klang - Charles Santiago
DUN
Sekinchan - Ng Suee Lim
Kuala Kubu Bharu - Lee Kee Hiong
Teratai - Brian Lai
Balakong - Eddie Ng
Seri Kembangan - Ean Yong Hian Wah
Kinrara - Ng Sze Han
Subang Jaya - Michelle Ng
Bukit Gasing - Rajiv Rishyakaran
Kampung Tunku - Lim Yi Wei
Bandar Utama (sebelum ini Damansara Utama) - Jamaliah Jamaluddin
Bandar Baru Klang (sebelum ini Sungai Pinang) - Teng Chang Khim
Pandamaran - Tony Leong
Kota Kemuning - V Ganabathirao
Banting (sebelum ini Teluk Datuk) - Lau Weng San
Sungai Pelek - Ronnie Liu
Dusun Tua - Edry Faizal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan