Isnin, 23 April 2018

Bos Forest City bertanding di Kukup

Lu Wei Hoong
 
   
BN menamakan pengerusi Umno bahagian Tanjung Piai Umno Md Othman Yusuf sebagai calon pilihan rayanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup.

Md Othman lebih dikenali sebagai jurucakap Forest City, projek pulau buatan di selatan Johor yang menyasarkan pelaburan asing.

Beliau juga menjadi pengarah eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV), pemaju utama projek itu.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman pencalonnya, Md Othman berkata kempennya akan turut menjawab kritikan pembangkang terhadap Forest City.
Md Othman menggantikan penyandang Suhaimi Salleh.

BN sudah menukar calon Kukup tiga kali pilihan raya berturut-turut, walaupun menang besar.
Pada 2013, terdapat seramai 19,389 di Kukup.

LIHAT VIDEO DI SINI 


Tiada ulasan: