Selasa, 24 April 2018

BN gugur setiausaha agung MCA di Tanjung Malim

MALAYSIAKINI
 
    PRU14 l BN hari ini menggugurkan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga adalah penyandang kerusi Parlimen Tanjung Malim Ong Ka Chuan.

Kerusi itu sebaliknya diberikan kepada Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Mah dijadualkan akan berdepan calon PKR Chang Lih Kang dan calon PAS Mohd Tarmizi Abd Rahman.

Ong, yang adalah adik kepada bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting, adalah wakil rakyat selama empat penggal bermula tahun 1986 hingga 2004.

Beliau kemudian dipindahkan ke kerusi Parlimen Tanjung Malim pada pilihan raya umum 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2013.

Ini mungkin kali pertama dalam sejarah pilihan raya apabila setiauasaha agung MCA tidak dilantik sebagai calon.

Bagi Mah, yang dilantik sebagai calon parlimen adalah langkah demi langkah selepas berkhidmat dua penggal sebagai anggota kabinet negeri.

Tiada ulasan: