Jumaat, 20 April 2018

Bekas Pengerusi SPR bertanding di Kota Lama

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman hari ini mengesahkan dirinya sebagai calon gabungan pembangkang PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, di sini.
 
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara itu, turut mengaku Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) merupakan pengalaman pertama kalinya terlibat dalam kancah politik.
 
Pengumuman hanya seorang calon sahaja hari ini sekali gus menunjukkan PPBM tidak mempunyai kesepakatan sedangkan parti itu akan bertanding di 13 DUN di negeri ini.
 
Majlis yang hanya dihadiri sekitar 20 penyokong parti itu juga jelas menunjukkan tidak mendapat sokongan akar umbi serta parti komponen lain.
 
 

Tiada ulasan: