Selasa, 24 April 2018

Bekas Naib Pengerusi DAP Raub calon PAS di DUN Tras

THE MALAYSIAN TIMES




KUANTAN: Bekas Naib Pengerusi DAP Raub Chin Choy Hee yang mengesahkan keluar daripada DAP dua hari lepas, dinamakan sebagai calon PAS untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Jabar selepas Chin mengesahkan keanggotaannya dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini.

Chin mengesahkan beliau telah keluar daripada DAP pada dua hari lalu, selepas menyertai parti itu sejak tahun 2007.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kerusi DUN yang ditandingi PAS di Pahang menjadi 41 dengan DUN Triang menjadi satu-satunya kerusi DUN yang tidak ditandingi parti itu.

Pada 19 April lalu, Rosli juga mengumumkan PAS akan bertanding di semua 14 kerusi Parlimen di Pahang.

DAP pula telah mengesahkan Chow Yu Hui akan mempertahankan DUN Tras pada pilihan raya kali ini manakala calon Barisan Nasional (BN) masih belum diputuskan.– Bernama

Tiada ulasan: