OLEH NORHAYATI UMOR
KLANG: Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan penggunaan Bas Elektrik
menerusi perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor, tahun ini.
Exco
Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil Sederhana (IKS), Perdagangan dan
Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, ia akan direalisasikan
sejajar matlamat Kerajaan Negeri untuk membudayakan penggunaan teknologi
hijau dan rendah karbon.
Katanya, Kerajaan Negeri turut membincangkan penambahan beberapa laluan baru yang sering menjadi tumpuan utama.
“Kita masih dalam perbincangan berapa jumlah Bas Elektrik dan juga berapa jumlah laluan yang akan diperkenalkan.
“Tetapi
kita optimis melaksanakannya kerana senario pencapaian yang dilihat
sangat memberangsangkan,” katanya kepada SelangorKini.
Chang Khim berkata keutamaan itu jumlah laluan akan diberikan kepada kawasan bandar kerana permintaan tinggi.
“Kita akan berikan keutamaan kepada kawasan bandar khususnya kerana keperluan ketara berbanding luar bandar.
“Matlamat
utama sebelum memperkenalkan bas ini juga mahu mengurangkan kesesakan
lalu lintas dan mahu orang ramai menggunakan perkhidmatan awam,”
katanya.
Selain itu, beliau berkata kemudahan Bas Smart Selangor
sedia ada turut akan ditambah selain mempertingkatkan perkhidmatan
melalui penggunaan aplikasi.
Untuk rekod, tahun lalu lebih 11 juta
pengguna menerima manfaat itu dan sejumlah 22.1 juta ‘ridership’
direkodkan dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya.
Dalam tempoh
itu juga, Kerajaan Negeri membiayai sebanyak RM43 juta dengan 100 unit
bas yang beroperasi di 30 laluan membabitkan semua Pihak Berkuasa
Tempatan di seluruh negeri.
Ketika pembentangan Belanjawan 2018
lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan RM11
juta sebagai sebahagian projek Smart Selangor, termasuk pelaksanaan
Projek Perhentian Bas Pintar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan