KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Tahun Baru Cina, pengguna Lebuhraya
Duta-Ulu Kelang (DUKE) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus.
Diskaun itu hanya diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1,
sepanjang tempoh 24 jam pada 16 Februari ini bermula jam 12.01 pagi
hingga 11.59 malam.
Pengarah Eksekutif Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sendirian
Berhad (KESTURI), Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, dalam kenyataan
hari ini, berkata usaha itu mampu membantu mengurangkan perbelanjaan
pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.
"Inisitif berterusan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan
pengguna di musim perayaan dengan memberikan nilai pulangan menerusi
bayaran tol yang lebih rendah,
"Diskaun ini diberikan kepada semua pengguna Lebuhraya DUKE termasuk
Plaza Tol Segambut dan Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan," katanya.
Untuk maklumat lanjut dan informasi trafik terkini, layari laman web
rasmi di www.duke.com.my atau ikuti Twitter @LebuhrayaDuke dan Facebook
www.facebook.com/DUKEHighway.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan