KUALA NERUS: Karnival Dakwah anjuran PAS Kawasan Kuala Nerus bertujuan mengikis persepsi negatif masyarakat khususnya orang non-Muslim terhadap salah faham mengenai Islam agama yang syumul diperjuangkan PAS.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri
Terengganu, Dr Alias Razak berkata, persepsi yang dibentuk sebegitu rupa
hingga menyebabkan orang Islam menyerang agama sendiri, apatah lagi
orang bukan Islam.
Oleh itu katanya, tanggungjawab sebagai
orang Islam adalah supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan
persepsi negatif yang sengaja dibuat untuk menyerang PAS dan dalam masa
sama Islam juga terkena tempiasnya.
"Kita nak beri kesedaran kepada seluruh
pendokong PAS dan rakyat Malaysia di mana kita juga ada tanggungjawab
yang kita laksanakan dengan teratur dan terancang sepanjang masa.
Antaranya tanggungjawab dakwah kita mengajak manusia nak memperkenalkan
Islam kepada golongan non-Muslim.
“Tanggungjawab ini mesti kita teruskan
khususnya pada masa ini kita tengok ada golongan-golongan tertentu yang
pada asalnya mereka dengki dengan kemajuan PAS dalam bidang politik.
Mereka melihat orang Melayu dan orang Islam semakin ramai memberi
sokongan kepada perjuangan kita ini,” ujar beliau.
Tambah Dr Alias lagi, tanpa sedar pihak
yang menyerang PAS telah tersasar menyerang juga Islam dan mula
melebarkan Islam sebagai suatu agama yang tidak bertoleransi, keras dan
sebagainya.
Perkara itu tegasnya, adalah persepsi
buruk dicipta musuh-musuh PAS baik daripada parti politik bukan Islam,
mahupun dalam kalangan orang Islam sendiri bagi memberikan imej buruk.
“Oleh itu, PAS Kawasan Kuala Nerus
mengambil satu pendekatan yang agak besar-besaran dalam satu program
perjumpaan dengan masyarakat komuniti non-Muslim.
“Kita pergi ke kampung mereka, perumahan
mereka untuk berjumpa dengan mereka dan kita panggil satu selebriti
khas iaitu Dr Ann Wan Seng seorang yang dulunya tak Islam, kini dia
masuk Islam.
"Beliau sendiri menjelaskan kepada
komuniti ini khususnya apa itu Islam yang sebenarnya,” ujar beliau dalam
ucapan pada program Karnival Dakwah Kuala Nerus di Padang Bola Buluh
Gading, Teluk Pasu, di sini semalam.
Katanya lagi, masyarakat Islam hari ini
melihat Islam tidak betul kerana mereka tengok perlakuan rasuah
melibatkan ramai orang Islam, dengan tangkapan melibatkan kalangan orang
Islam juga.
Kerana itu ujarnya, PAS berperanan
menangani isu haramnya rasuah, juga lainnya seperti peminuman arak,
penzinaan dan pergaulan bebas.
“Baru tidak timbul konflik dan tidak
timbul salah faham antara agama. Kita juga mesti berubah dan ubah negara
kita daripada terus diterajui oleh pemimpin yang mengamalkan amalan
yang bercanggah dengan Islam.
“Ini tidak kita tengok pemimpin tipu
duit rakyat, pemimpin juga rasuah, pemimpin juga buat perkara yang
bercanggah dengan Islam. Ini memang menjauhkan mereka daripada Islam
apatah lagi perjuangan PAS bawa,” kata Dr Alias. -HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan