Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mendapat kembali kuasa
yang pernah dimilikinya ketika berada dalam Umno, kata Pengerusi
Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Noh berkata Dr Mahathir sebelum ini mendapat sokongan bulat dari
pimpinan serta ahli akar umbi Umno BN dan bukannya seperti apa yang
diterimanya dalam Pakatan Harapan (PH) kini.
Pengerusi PH itu melalui saat sukar apabila tidak semua buah fikirannya
diterima begitu sahaja bahkan terpaksa berhempas pulas meyakinkan empat
parti komponen untuk menyokongnya, ujar Noh.
"Tun Mahathir kena ingat, sebab apa dulu dia kuat? Dia kuat kerana
sokongan Umno. Kekuatan dia bukan kerana dia (Dr Mahathir), tapi kerana
sokongan yang padu yang Umno beri.
"Hari ini dia (Dr Mahathir) nak memimpin parti baru, kita lihat
bagaimana penghormatan yang dia dapat daripada ahli-ahlinya sendiri?
Bergaduh sana sini," katanya kepada Antarapos.
Dr Mahathir kini diuji dengan ahli akar umbi empat parti komponen PH
memberontak serta membantah agihan kerusi sesama mereka menjelang
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bermula dengan Amanah Johor memboikot Konvensyen ke-2 PH di Shah Alam 7
Januari lalu, gagasan itu dikejutkan dengan kekecohan oleh PPBM Negeri
Sembilan ketika Konvensyen PH negeri itu minggu lalu.
Dr Mahathir juga cuba menyelesaikan polemik agih kerusi di Selangor
yang hinggi kini belum dimuktamadkan, dengan mengumumkan penubuhan
jawatankuasa khas untuk tujuan itu.
Pun begitu, kepimpinan PKR Selangor berkeras untuk menggunapakai
Jawatankuasa Pilihan Raya selagi tidak mendapat arahan daripada
pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Besar
Selangor.
Dalam pada itu, Noh berkata hasrat Dr Mahathir yang mahu membawa budaya
Umno ke dalam PH tidak akan berjaya kerana setiap komponen parti itu
membawa ideologi yang berbeza.
"Jadi kerana Umno ni kita ditanam budaya, (iaitu) budaya menghormati
kerusi. Kerusi presiden, timbalan presiden, siapa juga yang duduk di
kerusi itu mestilah kita kena hormat dan beri sokongan padu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan