Jumaat, 16 Februari 2018

JPJ keluarkan 72 saman dalam Op Khas Tahun Baru Cina

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KANGAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 72 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan sempena Op Khas Tahun Baharu Cina 2018 malam tadi.
 
Pengarahnya Shahrul Azhar Mat Dali berkata operasi bermula 8 hingga 12 tengah malam tadi, menumpukan kepada motosikal, sebagai satu advokasi mendidik penunggang agar mematuhi peraturan jalan raya.
 
Katanya, statistik menunjukkan 60 hingga 64 peratus kemalangan membabitkan pengguna motosikal.
 
"Kami bukan nak menghukum pengguna jalan raya, tetapi kami nak mendidik agar mematuhi peraturan demi memastikan jalan raya selamat digunakan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di Kangar.
 
Shahrul Azhar berkata antara kesalahan paling banyak dilakukan adalah tiada lesen memandu.
 
Beliau juga menasihati para pengguna jalan raya supaya melaporkan kepada JPJ jika mempunyai aduan berkaitan kesalahan jalan raya di talian 04-9763995 atau email p.perlis@jpj.gov.my.
 
 

Tiada ulasan: