SHAH ALAM: Bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat negara ini membina Malaysia yang
sejahtera, aman dan makmur.
"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada kaum Tionghua dan rakyat negara ini.
"Marilah kita membina Malaysia yang sejahtera, aman dan makmur,"
katanya dalam perutusan sempena perayaan Tahun Baru Cina hari ini.
Dalam pada itu Hadi berkata, Islam memandang kewujudan kepelbagaian
kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan
Masyarakat Madani.
"Setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat dan negara.
"Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan asas yang kukuh berkaitan
bangsa dan agama dengan menjadikan Islam sebagai agama persekutuan dan
penganut agama lain bebas mengamalkannya tanpa paksaan dalam Islam dan
adil untuk semua," katanya lagi.
Menurut Hadi juga, Islam mengajar penganutnya supaya menunaikan amanah
dan berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
"Kedatangan Islam disambut oleh penduduk setempat kerana percaya hanya
Islam adil untuk semua sehingga mereka sendiri tidak sanggup berada di
bawah pemerintah yang zalim dari bangsa sendiri," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, selama pemerintahan PAS di tiga
buah negeri, parti itu berpegang dengan dasar Islam dan tidak pernah
mengamalkan diksriminasi kaum.
"PAS yang berpegang dengan dasar Islam telah berjaya memerintah
Kelantan (1959- 1979, 1990-kini), Terengganu (1959-1963, 1999-2004) dan
Kedah (2008-2013)
"...tanpa diskriminasi kaum, tidak dirobohkan rumah ibadat bukan Islam
dan memberi bantuan secara adil kepada mereka sehingga berjaya
mewujudkan keharmonian masyarakat walaupun bukan Islam hanya minoriti,"
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan