Jumaat, 16 Februari 2018

MDKS sasar RM1 juta hasil pelancongan

OLEH ERMIZI MUHAMAD




SHAH ALAM: Majlis Daerah Kuala Selangor mensasarkan perolehan kutipan RM1 juta hasil prospek pelancongan di daerah itu, pada tahun ini.

Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan itu, Azman Dahlan optimis sasaran berkenaan mampu dicapai berdasarkan peningkatan pelancong ke daerah itu, sejak 2016.

“Kita menerima kemasukan pelancong seramai 80,000, pada 2016 dan jumlah itu meningkat kepada 84,000 tahun lalu.

“Justeru, tahun ini kami mensasarkan jumlah ini akan bertambah kepada 100,000 dengan pendapatan RM1 juta mampu diraih,” katanya kepada SelangorKini di Kampung Kuantan, semalam.

Kuala Selangor adalah destinasi pelancongan terkemuka yang menawarkan beberapa tarikan terbaik meliputi aspek pelancongan hijau, di Selangor.

Antara destinasi tumpuan di daerah itu termasuk Eaglel Feeding di Pasir Penambang, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan, Taman Alam Kuala Selangor dan Pantai Remis Sungai Sembilang, Jeram.

Di peringkat Kerajaan Negeri, enam pelan strategik dirangka bagi meningkatkan industri pelancongan negeri dari dalam dan luar negara.

Tiada ulasan: