Pemilik,
Datuk Fazley Yaakob menunjukkan manisan yang ditabur diatas meja
sebagai gimik Pelancaran Wajah Baharu SukaSucre Bistro di SukaSucre
Bistro, Cheras. foto HAZROL ZAINAL,
KUALA LUMPUR – Artis bernama Datuk Fazley Yaakob jarang sekali berdepan kontroversi sepanjang karier seni sejak tahun 1995.
Namun, sejak bergelar chef selebriti, lelaki berusia 39 tahun ini
terpalit isu gara-gara rakaman sebuah video yang menunjukkan aksinya
yang sedang menyediakan hidangan unik ketika sambutan hari jadi salah
seorang ahli keluarganya baru-baru ini.
Pada mulanya, ramai pengikut Fazley memuji kreativiti yang dipamerkan
pemilik SukaSucre Bistro ini sehingga tular di media sosial.
Namun tidak kurang pula segelintir pihak yang mengecam dan tidak
bersetuju dengan cara bekas Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012
ini. Datuk
Fazley Yaakob bergambar dihadapan bistro miliknya pad Majlis
Pelancaran Wajah Baharu SukaSucre Bistro di SukaSucre Bistro, Taman
Permata, Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Ini kerana mereka berpendapat, tindakan Fazley itu nampak tidak sopan kerana seolah-olah dia ‘mencampak’ makanan atas meja.
Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, Fazley mengaku tidak berkecil
hati dengan kritikan itu sebaliknya menganggap pihak berkenaan kurang
memahami konsep dan ideanya.
“Sebenarnya, ketika itu ahli keluarga saya ramai dan meja pula
panjang dan menyukarkan saya. Jadi, saya terpaksa campak (makanan) dan
cara itu hanya untuk memberi pengalaman kepada adik-beradik dan keluarga
saya.
“Saya sendiri sedar tidak elok campak makanan. Malah ibu bapa saya
mengajar dari kecil agar tidak mencampak makanan. Saya tidak akan buat
(campak makanan) begitu apabila menyediakan hidangan ‘sweet table’
kepada para pelanggan saya.
“Konsep ‘sweet table’ sebenarnya saya mahu orang menikmati menu manis
seperti kek dan kuih muih bersama orang tersayang seperti keluarga atau
rakan-rakan. Secara tidak langsung ia mengeratkan lagi ukhwah sesama
mereka.
“Untuk hidangan ini, saya menggunakan tangan dan melukis di atas meja
dan makanan diletakkan tetapi tidak di dalam pinggan. Itu kelainan yang
saya tampilkan,” jelasnya panjang lebar. Sesi
fotografi bersama Pemilik SukaSucre Bistro, Datuk Fazley Yaakob pada
Majlis Pelancaran Wajah Baharu SukaSucre Bistro di SukaSucre Bistro,
Taman Permata, Cheras, Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI
Beliau ditemui pada majlis semasa pelancaran aplikasi permainan video
di atas talian dan wajah baharu SukaSucre Bistro di restoran tersebut
di Cheras baru-baru ini..
Namun Fazley mengakui tempahan untuk ‘sweet table’ itu mendapat sambutan hangat sejak video tersebut viral.
“Saya bersyukur ramai yang sudah menempah ‘sweet table’ untuk sambutan hari jadi dan makan bersama keluarga.
“Harga yang saya tawarkan pula amat berpatutan antara RM15 hingga RM35 sahaja,” tambahnya.
Dalam pada itu, Fazley turut berkongsi perkembangan baharu SukaSucre
yang kini sudah menjalankan perniagaan restoran virtual atau atas talian
yang memberi peluang kepada pelanggan memilih menu pilihan.
Selain itu, dia juga melancarkan aplikasi permainan video atas talian
diberi nama Chef Fazley Kitchen, ia merupakan aplikasi pertama
dibangunkan di Asia. – MalaysiaGazette Pemilik
SukaSucre Bistro, Datuk Fazley Yaakob beramah mesra bersama salah seorang pengamal media ketika sesi Dapur Kecoh MasterChef Datuk Fazley Bersama Media pada Majlis Pelancaran Wajah Baharu SukaSucre Bistro di
SukaSucre Bistro, Taman Permata, Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan