Khamis, 15 Februari 2018

Bekas tentera: Anggota keselematan harus undi tanpa takut

 
Menurut presiden Patriot, terserah sepenuhnya berkenaan individu atau parti disokong selagi mereka mengundi dengan rasa bangga dan penghormatan.


Mohd-Arshad-Raji-anggota-keselamatan-mengundi

KUALA LUMPUR: Anggota polis dan tentera yang masih berkhidmat diseru menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengundi tanpa rasa takut atau memihak, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Brig-Jen Datuk Mohd Arshad Raji.

Beliau berkata terserah sepenuhnya kepada mereka berkenaan individu atau parti mereka undi selagi mereka mengundi dengan rasa bangga dan penghormatan.

“Lakukanlah terbaik untuk negara tercinta, kami tabik kepada anda semua,” kata beliau pada sidang hari ini.

Mohd Arshad berkata apabila veteran berkhidmat dalam pasukan keselamatan, sesetengah tidak ambil peduli untuk mengundi atau tidak sedar mengenai perkembangan politik.

Mohd Arshad berkata sebagai perajurit dilatih mempertahankan negara daripada serangan asing, ahli Patriot tidak rela membenarkan Malaysia dihancurkan dari dalam.

“Keamanan dan perpaduan adalah khazanah kita. Kita tidak boleh membenarkan mana-mana ahli politik merosakkannya. Ini negara kita dan kita mesti memilih pemimpin negara kita dengan berhati-hati… Pilih pemimpin negara untuk memimpin kita dari semua ancaman demi keamanan, perpaduan dan kemajuan” kata beliau.

Terdahulu, Mohd Arshad melancarkan projek “Rakan Patriot” yang terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang merupakan orang awam dan tidak berpeluang menjadi anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia.

Beliau juga melancarkan laman sesawang Patriot yang boleh dilayari di www.patriotkebangsaan.org.my dan memperkenalkan Kepimpinan Belia Patriot dan Bengkel Patriotisme.

“Bengkel itu bertujuan menyemai semangat patriotisme, perpaduan nasional dan kepimpinan dalam kalangan belia serta membantu menggalakkan belia menyertai pasukan keselamatan,” kata beliau sambil menambah bengkel itu dijangka dilancarkan sekitar Mei atau Jun tahun ini.

Tiada ulasan: