OLEH NORHAYATI UMOR
SHAH
ALAM: Sekurang-kurangnya 2,000 permohonan diterima bagi DUN Batu
Tiga menerusi pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Ahli
Dewan Negerinya, Rodziah Ismail menyifatkan program itu mendapat
sambutan luar biasa dalam usaha Kerajaan Negeri memberdaya golongan
wanita.
Katanya,
beliau tidak menyangka akan menerima permohonan yang banyak, namun
Kerajaan Negeri hanya menetapkan kuota 500 permohonan di setiap DUN,
ketika ini.
“Saya berharap pemohon yang belum terpilih supaya
dapat bersabar dan saya percaya Kerajaan Negeri akan menambah kuota
lebih banyak tahun depan.
“Program
ini program yang sangat bermanfaat, sudah pasti pelaksanaan yang
komprehensif terus dilaksanakan,” katanya kepada SelangorKini.
Terdahulu,
program KISS adalah inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk
memberdaya golongan wanita dengan pemberian RM2,400 setahun atau RM200
sebulan untuk mereka membeli barang keperluan.
Peserta KISS akan
mendapat bekalan makanan asas, peralatan juga pakaian sekolah untuk anak
di lebih 500 pasar raya dan kedai runcit berdaftar seperti Giant
Hypermarket, 99 Speedmart serta Pusat Pakaian Hari-Hari.
Skim
berkenaan terbuka kepada rakyat Selangor atau mereka yang menetap
melebihi 10 tahun dan merupakan pemilih berdaftar, di Selangor.
Ia juga terbuka wanita berkeluarga atau ibu tunggal yang mempunyai anak atau tanggungan di bawah umur 21 tahun.
Mereka
yang berminat boleh membuat permohonan dalam talian di laman sesawang
www.kiss.com.my; atau mendaftar terus di Pusat Khidmat Dewan Undangan
Negeri (DUN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan