Rabu, 4 Oktober 2017

Psywar ‘Sogokan RM5 Juta Syed Sadiq’ Mula Tersasar Bila Kaitkan Pihak Lain – Adik Hamidah Osman

 
 


Pendedahan kononnya wujud sogokan RM5 juta oleh Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan lebih kukuh jika sekiranya hanya bersaksikan dirinya sahaja tanpa mengaitkan dengan pihak lain, kata bekas aktivis PPBM Perak, Hamizura Osman.

Namun, kata adik Datuk Hamidah Osman, bekas Naib Presiden PPBM pusat, apabila Syed Saddiq mengaitkan ‘sogokan RM5 juta’ dengan kakaknya, serta dua pengasas PPBM, Kamarulzaman Habibur Rahman dan Anina Saadudin, pendedahan Ketua Armada itu mula tersasar jauh.

“Kes diri sendiri dah ada cukup bukti untuk kes diri sendiri… . Sayangnya tersebut pulak nama orang lain…. Rugi nya…

“Bola dah ada kat kaki.. Patutnya terus ‘shoot’ je.. Ter ‘pas’ lak bola kat orang lain……
Erghhhhhhh… Rugi nya….,” kata Hamizura dalam Facebook.



Hamizura turut mengimbau sikap pelik Syed Saddiq yang pernah menyuruh kakaknya ‘berambus’ daripada PPBM, namun apabila bekas Naib Presiden PPBM itu keluar parti secara sukerala, kakaknya itu dituduh pula menerima sogokan wang.

“Dulu dia (Syed Saddiq) suruh orang berambus… Bila kita berambus sebab dia… Dah dia kata ada perancangan rapi dan proses tawar menawar oleh habib mana entah…

“Kuat sakit budak ni…. Kalau jumpa… Elok salam kemas2….,”katanya.





Sementara itu, Hamidah Osman, hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), meminta siasatan dibuat terhadap kenyataan yang dikeluarkan Syed Saddiq.

Hamidah berkata, laporan itu dibuat berikutan kenyataan dikeluarkan Sayed Saddiq menerusi laman facebooknya semalam, turut mengaitkan beliau secara tidak langsung dalam isu sogokan berkenaan wang tunai sebanyak RM5 juta, selain dakwaan ditawarkan rasuah meninggalkan parti.

“Laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan SPRM. Saya tak boleh mendedahkan secara terperinci laporan yang dibuat kepada SPRM ini kerana bimbang akan mengganggu siasatan, cuma apa yang boleh saya perkatakan ia adalah isu berkaitan yang dilemparkan Syed Saddiq serta beberapa isu lain yang berkaitan.

“Dengan siasatan itu, diharapkan ia akan dapat menegakkan keadilan dan membongkar kebenaran atas semua dakwaan yang dinyatakan Syed Saddiq,” katanya yang ditemui sebelum membuat laporan berkenaan di perkarangan pejabat SPRM Perak hari ini.

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di laman facebooknya semalam, Syed Saddiq turut mengaitkan nama Hamidah termasuk Anina Saadudin, yang dibeli individu tertentu menerusi satu kumpulan yang diistilahkannya sebagai “rangkaian sistematik dedak”.

Syed Saddiq mendakwa, rangkaian itu cuba mengumpannya dengan wang berjumlah RM5 juta yang akan digunakan untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Oxford di London.

Syed Saddiq turut mendakwa, individu terbabit yang juga adalah orang kanan kepada pemimpin tertinggi negara turut menawarkan kepadanya geran berjumlah jutaan ringgit untuk membuka sekolah debat di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, Hamidah berkata, beliau tidak faham mengapa Syed Saddiq menjadikan beliau sasaran dalam banyak hal berkaitan PPBM.

“Saya tidak tahu apakah yang berlaku dan adakah apa yang dilakukannya atas arahan pihak tertentu. Satu ketika dulu dia pernah kata saya agen UMNO, kata saya hipokrit dan pengkhianat dan halau saya dengan perkataan `berambus’

“Saya harus bersihkan nama saya dan tidak hanya perlu berpandu dengan cakap dia seorang sahaja jadi saya ingin buat laporan supaya kebenaran terserlah,” katanya.

Tiada ulasan: