Ahad, 22 Oktober 2017

Konkrit Perumahan Tidak Selamat, Guan Eng Perjudi Nyawa Rakyat Pulau Pinang – Huan


 


1.Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd dimana syarikat JKPSB telah membuat keputusan untuk merobohkan projek Mutiara Ria dan Mutiara Rini demi mengutamakan keselamatan pembeli dan risiko di masa hadapan.

2. Keputusan ini diambil setelah sample konkrit yang dibekalkan oleh pembekal melalui satu ujian konkrit. Ujian tersebut mendapati sample konkrit yang diuji melalui 7 makmal yang berbeza termasuk makmal antarabangsa tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan tidak boleh digunakan.

3. Apa yang mengejutkan dan merisaukan adalah pembekal konkrit yang membekal kepada JKPSB juga membekal konkrit yang bermutu rendah dan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan kepada banyak lagi projek – projek lain di negeri Pulau Pinang.

4. Ini dengan jelas menjadikan sebahagian atau hampir semua projek – projek ini, termasuk flat kos rendah, pangsapuri kos sederhana dan sebagainya tidak selamat untuk diduduki dan mungkin boleh roboh pada bila – bila masa sahaja.

5. Perlu diingatkan juga apa yang dilakukan oleh JKPSB adalah satu tindakan yang amat tepat dan wajar iaitu mereka merobohkan projek Mutiara Ria dan Mutiara Rini supaya keselamatan pembeli dan penduduk terjamin. Itu merupakan keutamaan JKPSB buat waktu ini berbanding keuntungan jutaan ringgit.

6. Namun nampaknya kerajaan negeri Pulau Pinang masih tidur, lembab dan berpeluk tubuh akan hal yang sangat serius ini. Sehingga hari ini tiada satu pun task force atau pasukan siasatan diubuhkan/dilakukan oleh kerajaan DAP susulan kenyataan yang dibuat oleh JKPSB. Kerajaan DAP seperti tidak peduli akan keselamatan rakyat Pulau Pinang.

7. Saya menyeru kepada Lim Guan Eng jangan bermain dengan nyawa rakyat Pulau Pinang dan jalankan siasatan terperinci terhadap pembekal konkrit bermutu rendah ini dan ambil tindakan segera untuk memastikan bangunan – bangunan yang menggunakan konkrit bawah spesifikasi ini selamat untuk di duduki.

8. Daripada Lim Guan Eng sibuk mahu Selamatkan Malaysia, lebih elok beliau buka mata dan Selamatkan Pulau Pinang terlebih dahulu kerana kita tidak mahu kes yang berlaku diluar negara berulang sekali lagi dan lebih teruk ini di Pulau Pinang. Pagi ini sahaja kami telah pun juga menyaksikan bagaimana Tanah Runtuh di Pulau Pinang yang mengakibatkan kehilangan lebih 10 nyawa.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan, Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

Tiada ulasan: