Selasa, 3 Oktober 2017

DAP sedang siapkan proses dokumentasi pemilihan semula CEC

THE MALAYSIAN TIMES
 


GEORGE TOWN: DAP sedang menyiapkan proses dokumentasi sebelum membuat pengumuman mengenai arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk parti itu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata parti itu sedang dalam proses menyiapkan dokumentasi dan satu sidang akhbar dijangka diadakan dalam masa terdekat di Ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

“Saya sepatutnya jawab soalan itu di KL kerana ini berkaitan dengan ROS dan kami dapat semua fakta di sana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 17 Julai, DAP menerima surat daripada ROS yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Arahan itu dikeluarkan berikutan ROS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Menurut laporan media sebelum ini, naib Pengerusi DAP Teresa Kok dilaporkan berkata pemilihan semula dicadangkan pada 10 Sept.

Sementara itu, Lim yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan telah meminta Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tawaran RM5 juta untuk beliau keluar parti.– Bernama

Tiada ulasan: