Timbalan pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki menyatakan bahawa terdapat enam isu dalam kemelut FGV di antara Pengerusinya dan CEO.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan
isu-isu itu dan berjanji akan mengkajinya secara terperinci untuk
memastikan sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa.
“SPRM meminta semua pihak untuk
memberikan masa dan ruang kepada pasukan penyiasat dan tidak membuat
sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.
Suruhanjaya itu semalam menyerbu dan
menggeledah pejabat FGV di ibu negara selama lapan jam dan merampas
dokumen yang dimuatkan dalam tiga kotak kertas, beberapa bungkusan dan
tiga beg tarik.
Serbuan besar-besaran melibatkan 40
anggotanya itu dibuat sebagai tindakan susulan terhadap keterangan
presiden ketua pegawai eksekutif Kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria
Arshad.
Zakaria disiasat selepas dakwaan Tan Sri
Isa Samad yang cuba menyingkirkannya daripada FGV atas alasan masalah
tunggakan hutang AS$8.3 juta daripada sebuah syarikat Dubai.
Dalam kenyataannya hari ini, Azam
berkata SPRM sedang mengkaji dokumen-dokumen yang dirampas untuk
mengumpul bukti sebelum tindakan lanjut diambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan