SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) akan mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen, jika ia kalah tipis kepada pembangkang.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir
Mohamad mendakwa BN juga akan menggunakan Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) untuk mentadbir negara, sama seperti yang pernah berlaku pada
1969 akibat rusuhan kaum.
“Mereka tidak akan mengaku kalah. Pembangkang pula akan dituduh menipu.
Tiada bukti diperlukan untuk kerajaan mengisytiharkan perkara ini. BN
sebagai pembuli sedia mewujudkan ketidakstabilan,” demikian memetik
sebahagian tulisan Dr Mahathir di blognya.
Bekas perdana menteri itu juga mendakwa akan berlaku aktiviti membeli
ahli-ahli parlimen daripada pembangkang supaya BN mendapat sokongan
majoriti.
“Pada peringkat itu, BN mungkin menawarkan insentif kewangan kepada
ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong mereka. Bila BN mendapat
majoriti mencukupi, darurat akan ditarik balik dan mereka menjadi
kerajaan majoriti," katanya lagi.
Dr Mahathir juga mendakwa perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 akan
datang lebih teruk berbanding siri pilihan raya yang lepas, yang pernah
disenaraikan pada PRU13 yang lalu.
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dituduh akan
membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli sokongan, yang
didakwanya sedang digerakkan di peringkat Armada PPBM melalui aktiviti
pengagihan wang dan makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan