SHAH ALAM: Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Azman Ujang yakin Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengendalikan siasatan berhubung kontroversi muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star baru-baru ini dengan baik.
Pada masa yang sama, Azman turut mengingatkan semua pihak khususnya
pengamal media mengambil iktibar terhadap insiden yang telah berlaku
supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa hadapan.
"Benda telah berlaku jadi bagi pihak KDN memang tindakan dia akan siasat seperti biasa.
"Saya boleh mengatakan bagi pihak wartawan bahawa diharap pihak yang
bertanggungjawab yang melakukan itu akan mengambil perkara ini lebih
serius pada masa akan datang supaya tidak berulang lagi. Kita tunggu
kebijaksanaan KDN mengendalikan kes ini. Kita tunggu dan lihat," katanya
kepada Antarapos hari ini.
Muka hadapan The Star pada 27 Mei lalu memaparkan foto dan keterangan
gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih pada hari pertama
Ramadan di bawah tajuk "Malaysian Terrorist Leader".
Ini mencetuskan kritikan daripada pelbagai pihak, terutama badan bukan
kerajaan (NGO) Islam, yang menyifatkan tajuk berita dan keterangan
gambar itu sebagai tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan