Isnin, 26 Jun 2017

Aliran trafik di lebuhraya utama bergerak perlahan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 3 petang tadi. 
 
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, trafik bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan dari Jelapang ke Sungai Perak berikutan peningkatan kenderaan. 
 
"Selain itu, aliran trafik turut dilaporkan bergerak perlahan dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar dan dari Bukit Tambun menuju Bandar Cassia. 
 
"Di selatan, kesesakan lebih dua kilometer di Km 282.9 dari Nilai ke Bandar Ainsdale akibat kereta rosak yang menghalang lorong tengah," katanya dipetik sebuah agensi portal berita. 
 
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik dilaporkan sesak selepas Plaza Tol Gombak sehingga sebelum susur Genting Highlands. 
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
 
 

Tiada ulasan: