Oleh Syed Muaz Syed Putra
SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu bertanding lebih
banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan
tidak lama lagi.
Ketuanya N Balasubramaniam berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai,
sekurang-kurangnya wakil DHPP akan mengekalkan kerusi yang ditandingi
seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2008.
"Setakat ini memang senarai nama calon di beberapa kawasan Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dihantar tetapi berapa banyak kita
akan bertanding belum lagi diputuskan.
"Belum tahu lagi jumlah yang kawasan, tidak lama lagi akan diberitahu
berapa kawasan DHPP akan bertanding," katanya kepada Antarapos.
PAS sebelum ini meletakkan calon daripada kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertnding di Sarawak dan Johor pada PRU13.
Dua calon DHPP berkenaan adalah bekas Ketua DHPP Hu Pang Chaw yang
bertanding di Parlimen Ayer Hitam manakala R Kumutha yang mengggunakan
simbol PKR pada pilihan raya umum 2008 dikekalkan di DUN Tiram pada
PRU13.
Balasubramaniam menambah PAS Pusat akan menentukan perkara itu namun
berharap lebih banyak calon DHPP diangkat menjadi calon tidak kira sama
ada kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Dulu satu Parlimen dan dua DUN tapi pada kali ini kita harap lebih daripada sebelumnya.
"Sebab kita nak mengagak pun tak baik juga, jadi tunggu sahaja maklumat daripada Jabatan Pilihan Raya PAS," katanya.
Ditanya sekiranya wakil DHPP memenangi kerusi ditandingi, beliau
berkata wakil sayap itu mampu membuktikan bahawa perjuangan PAS adalah
relevan untuk semua kaum dan bukan hanya kepada Islam.
"Sebab wakil DHPP yang bertanding kebanyakannya di kawasan bukan Islam,
saya rasa sekarang rakyat dah mengenali DHPP sebagai sayap dalam PAS.
"Ini tidak akan menjadi masalah dari segi undian sebab pengundi itu kalau nak pilih yang terbaik," katanya.
Beliau juga tidak mengganggap isu berlainan kaum akan menjejaskan sokongan pengundi kepada mereka.
Pencalonan calon bukan Islam bagi mewakili PAS telah dipersetujui oleh
Majlis Syura Ulama parti itu yang menetapkan syarat antara lain bahawa
calon berkenaan mestilah seseorang yang berpegang kepada prinsip dan
perjuangan parti.
Hu dan Kumutha merupakan orang bukan Islam yang pertama menjadi calon bertanding di bawah tiket parti Islam tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan