KUALA LUMPUR: Aliran trafik keluar dan masuk ke ibu negara di kesemua
lebuh raya utama di Semenanjung dilapor bergerak lancar setakat 9 pagi
ini.
Menurut Bernama, jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan tiada
kawasan yang dilapor bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan bagi
laluan di utara Semenanjung Malaysia.
Keadaan sama dilapor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bagi laluan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, menurut catatan Twitter Lembaga
Lebuhraya Malaysia (LLM).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian
bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan