Selasa, 6 Disember 2016

Polis Nasihat Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang Jangan Degil, Bubar BPS




pps


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati Kerajaan DAP Pulau Pinang agar tidak berdegil dan mematuhi arahan agar membubarkan Badan Pasukan Sukarela (BPS) kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mampu menjaga keselamatan masyarakat di negeri itu.


Beliau berkata selepas penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diharamkan sebelum ini, kerajaan DAP itu telah menghidupkan semula pasukan itu dengan jenama baharu sebagai BPS.

“Kita semua tahu PPS telah disahkan sebagai satu pertubuhan tidak sah, jadi saya nasihatkan kerajaan negeri supaya bubarkan BPS yang baru ini kerana tak guna kalau ada, kita akan haramkannya juga,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian antara PDRM dengan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Tambahnya, anggota BPS disaran agar menyertai ‘community policing’ atau sebarang pertubuhan sedia ada yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan bernaung di bawah PDRM.

Katanya polis juga mengenal pasti penasihat BPS yang disifatkan sebagai individu yang tidak layak untuk memberi nasihat dalam aspek keselamatan.

“Kalau nak beri nasihat, panggil sahaja ketua polis negeri yang dapat memberikan nasihat lebih baik tentang undang-undang dan hal-hal keselamatan.

“Bila suka-suka buat pertubuhan, ahli-ahlinya ada yang tidak disemak, jadilah macam-macam seperti pukul orang, peras ugut orang. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku,” kata Khalid.

Pada 13 November lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng melancarkan penubuhan BPS di bahagian pulau negeri ini dan pada 12 Nov lepas pasukan itu dilancarkan di sebelah Seberang Perai.

Difahamkan BPS, badan sukarela di bawah Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) diletak untuk menguruskan hal ehwal keselamatan komuniti bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang selamat dan bersatu padu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang menubuhkan PPS pada 2009 yang kemudian diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa pada 2014 kerana tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

pps1
Instrumen DAP – Pasukan Peronda Sukarela (PPS) – Jadi Pengawal BERSIH 5

 LIHAT VIDEO DI SINI:
VIDEO - 1
VIDEO - 2
VIDEO - 3
VIDEO - 4
VIDEO - 5

Tiada ulasan: