Selepas
sekian lama menghilangkan diri, akhirnya bekas Menteri Kewangan Kedua,
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membuat penampilan umum dan bersedia
untuk bercakap di khalayak ramai.
Ahli Parlimen Tambun itu
berkata, beliau akan membuka bicara hati secara ikhlas apabila mengambil
bahagian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat 17 Oktober ini.
Menurut Ahmad Husni, adalah tidak sesuai untuk beliau membuat kenyataan mengenai isu politik semasa kerana beliau akan 'diserang' tiga kumpulan parti.
"Ketika ini, politik secara asasnya ada tiga kumpulan iaitu
kerajaan, pembangkang dan kumpulan kelabu. Kalau saya nak buat kenyataan
tertentu tiga kumpulan ini akan menyerang.
"Jadi biarlah. Saya akan buat kenyataan apabila diberi peluang berbahas di Parlimen, akan mulakan disana.
"Kamu akan lihat nanti, perbahasan di Parlimen akan bermula dengan
Bajet, saya akan mula di sana, akan berbicara dari hati dan minda untuk
masa depan rakyat dan negara," katanya tenang selepas malis perasmian
Dialog Polisi Ahli Parlimen dan Pakar Asia mengenai Penuaan
Turut hadir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.
Ahmad Husni menyatakan demikian ketika diminta mengulas keadaan
politik semasa, termasuk tentang tingkah laku kumpulan Baju Merah.
Tambah bekas Bendahari Agung UMNO itu, setiap kenyataannya datang daripada hati dan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
"Sebagai bekas menteri, saya sudah melalui pelbagai isu sepanjang
karier, biarlah saya menyuarakan pendapat dari perspektif diri sendiri.
"Selepas itu jika mereka (tiga kumpulan) mahu menyerang saya, tidak
apa. Biarlah, sebab saya bercakap untuk masa depan rakyat dan negara,"
ujarnya.
Sejak 'bersara awal', Ahmad Husni dilihat terus 'berehat' dengan menjauhi media. - MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan