Selasa, 25 Oktober 2016

Air menitis atas soket punca berlakunya percikan api di bilik bedah HSA

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran baharu melibatkan bilik bedah di tingkat satu bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pukul 1.50 petang tadi.
 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian itu berpunca daripada percikan api dari sebuah bilik bedah yang sedang dinaik taraf.
 
Katanya, kejadian dipercayai berlaku disebabkan air yang mengalir dan menitis dari tingkat dua terkena soket di tingkat satu hingga menyebabkan berlakunya percikan api. 
 
"Kejadian berlaku semasa kakitangan hospital melakukan kerja-kerja pembersihan di tingkat dua yang menempatkan wad unit rawatan rapi (ICU) selepas terbakar semalam. 
 
"Kejadian itu bagaimanapun tidak serius," katanya ketika ditemui di pekarangan HSA, di sini sebentar tadi.
 
 

Tiada ulasan: