Selasa, 11 Oktober 2016

Noh Omar sifatkan Azmin pekak, buta dalam mentadbir Selangor

 
 
Noh Omar
Noh Omar


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar terus menyifatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali sebagai seorang yang pekak dan buta dalam urusan mentadbir negeri.

"Saya tak faham bagaimana dia boleh kata dalam ceramahnya duit yang dikumpul untuk Selangor kini melimpah ruah tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya. Adakah dia pekak atau buta matanya?

"Malah dia mengaku terpaksa meminta bantuan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk mengajarnya menbelanjakan wang kerajaan negeri yang telah dikumpulnya.

"Kalau duit dah terlalu banyak sampai boleh dicanang sana sini, turunlah ke padang dan tinjau permasalahan rakyat dan bantulah yang mana patut," katanya pada sidang media di Subang.

Jelas Noh, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya pandai bercakap tetapi semuanya kosong semata-mata.

"Azmin sebagai Menteri Besar sepatutnya memberi tumpuan kepada rakyat tetapi apa yang berlaku, dia berkempen untuk partinya dengan berjalan ke seluruh negara.

"Sekarang ni makinlah rancak dan saya pun tak tahu bila masanya dia dapat bertemu rakyat Selangor kerana dia banyak menghabiskan masa di negeri-negeri lain," ujarnya.

Tambah Noh, Azmin bijak mengelabui mata dan minda rakyat dengan pelbagai janji manis hanyalah untuk menyelamatkan karier politiknya.

"Dia janji macam-macam kepada rakyat dan semua janjinya amatlah manis tetapi hakikatnya, rakyat telah tertipu dalam diam," dakwanya. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: