Selasa, 25 Oktober 2016

Annuar boleh cakap apa yang dia mahu, kata Bersatu

 DALIA ISMAIL
 
Datuk Khairudin Md NorDatuk Khairudin Md NorKetua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Kamarudin Md Noor membidas kenyataan Tan Sri Annuar Musa kononnya parti baharu ditubuhkan itu tidak boleh mengantikan Umno jika menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
 "Sama ada kita boleh ganti Umno atau tidak ia ditentukan pengundi.

"Hari ini kajian kita (Bersatu) mendapati rakyat sudah bersedia untuk bertukar kerajaan.

"Penyokong kita ini kebanyakannya mereka yang berada di atas pagar yang tiada berparti dan dikalangan ahli Umno yang telah meluat dengan sikap pemimpin Umno itu, mereka telah menyertai parti Pribumi Bersatu ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa semalam dilaporkan berkata, Bersatu tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkang untuk mencorak pentadbiran, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Kata Annuar jika Bersatu menang 50 kerusi adakah parti itu dapat menentukan corak pentadbiran negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai.

Khairuddin yang juga bekas ketua Umno Bahagian Pasir Puteh berkata, gelombang rakyat kali ini adalah lebih hebat daripada zaman reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun zaman tertubuhnya Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita sudah mendaftarkan hampir 80,000 ahli sejak parti Pribumi Bersatu ini ditubuhkan hampir dua bulan lalu. Kita pun terkejut dengan sambutan memberangsangkan ini.

"Dia boleh cakap apa yang dia mahu..saya suka jika Umno rasa yakin supaya kita boleh bekerja dengan aman. Jika dia (Umno) merasa terdesak dia boleh buat macam-macam pada kita nanti kita yang susah... biar dia dalam keadaan tenang dan selesa begitu kononnya parti Pribumi dan gabungan pakatan Harapan tidak boleh kalahkan Umno-BN," ujarnya.

Sambungnya lagi, dengan perkembangan sosial media kerajaan tidak boleh menyorok daripada pelbagai skandal membabitkan pemimpin negara dan parti.

"Hari ini kita tidak perlu untuk memberi penerangan kepada rakyat kononnya parti pembangkang tidak boleh menewaskan Umno-BN sedangkan senarionya berbeza kerana hari ini zaman sosial media rakyat sudah boleh menilai sendiri," ujarnya.

Tiada ulasan: