Memiliki duit tidak bermakna anda dapat membeli minyak masak kerana kelibat bahan makanan itu sudah jarang kelihatan di pasar raya.
Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang Runcit, Hong Chee Meng berkata, stok di kebanyakan kedai runcit sudah terputus dan peniaga juga tidak dapat menambah stok.
"Kami tidak dapat memasukkan stok, sekarang hanya mampu menunggu penyelarasan antara pengilang dengan kerajaan. Kami akan menunggu," katanya kepada China Press.
Katanya, keadaan permintaan yang melebihi penawaran telah berlaku sejak beberapa hari lalu.
"Kami tidak dapat menjangka sampai bila keadaan ini akan berlarutan," katanya.
Dalam dalam itu, pemimpin yang mewakili penjaja Cina, Yao Wen Chun memberitahu, operasi penjaja belum menerima tempias daripada kekurangan stok minyak.
Wen Chun percaya keadaan kekurangan stok minyak adalah bersifat sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan