shahbudindotcom
Untuk
menunjuk kononnya mereka sebagai pemimpin yang baik dan menghormati
Dewan Negeri Selangor, semua 12 Adun BN mempamerkan plakad bertulis "Tak
Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" selepas Menteri Besar,
Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.
Sesiapa
pun yang membaca berita tersebut pasti terasa pelik dan kemudian ketawa
berdekah-dekah dengan gelagat Adun-Adun BN berkenaan.
Apa sebenarnya yang mereka mahu tunjukkan?
Mempamerkan
plakad bagi pemimpin politik ialah tanda sama ada untuk menyokong atau
membantah. Jika bersama kerajaan, ia mesti berbentuk sokongan, manakala
sebagai pembangkang, ia hendaklah suatu bentuk bantahan.
Sebagai
Adun pembangkang di Selangor, Adun-Adun BN itu sepatutnya membantah apa
yang dilakukan oleh Azmin Ali atau kerajaan negeri, jika terdapat
sebarang kesalahan yang dapat dikesan.
Tetapi
dengan mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan
Mandat Rakyat" itu, siapa yang mereka bantah dan siapa yang mereka
sokong?
Perbuatan
itu sebaliknya hanya menunjukkan mereka menyokong tindakan sendiri
yang tidak berganjak ketika Azmin membentangkan bajet yang dianggap
sebagai menghormati Dewan dan mandat rakyat. Ia tidak ubah seperti
badut yang masuk bakul angkat sendiri atau syok sesama sendiri.
Adakah Adun-Adun ini faham peranan dan kedudukan mereka?
Tidakkah
dengan mereka duduk diam dalam Dewan dan kemudian mengambil bahagian
ketika perbahasan, sudah cukup untuk menunjukkan mereka menghormati
Dewan dan mandat rakyat?
Kenapa
sampai perlu tergedik-gedik masuk bakul angkat sendiri? Bertambahkah
sokongan pengundi dengan kelakuan sedemkian atau ia hanya menambahkan
ketawa rakyat semata-mata?
Jika
pun mereka menaikkan plakad itu bertujuan untuk menyindir Ahli-Ahli
Parlimen pembangkang yang keluar Dewan Rakyat ketika Najib Razak
membentangkan Bajet 2017 baru-baru ini, ia juga sama sekali tidak kena
keadaannya.
Ini
kerana Azmin tidak ada isu seperti Najib dan ucapannya juga tidak
berbentuk provokasi kepada sesiapa. Maka, tiada keperluan mempamerkan
plakad seperti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan