MIRI: Polis menafikan isteri seorang Anggota Dewan Undangan Negeri
(Adun) Sarawak, yang dikatakan hilang sejak Khamis lepas, diculik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi
berkata kes itu membabitkan isu keluarga dan wanita berusia 41 tahun
itu dijangka pulang ke pangkuan keluarganya dalam masa terdekat.
Pada Khamis lepas, ketika wakil rakyat berkenaan mahu menjemput
isterinya yang dijadual tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Mukah,
beliau mendapati wanita itu tidak menaiki penerbangan berkenaan.
ADUN berusia 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis.
Media sebelum ini melaporkan wanita berkenaan dipercayai diculik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan