Sabtu, 29 Oktober 2016

Nazrey Johani Nafi Dakwaan Hidup Melarat

MALAYSIAN DIGEST


..


Selepas meninggalkan bumi Kuala Lumpur dan menetap terus di Sabah, penyanyi nasyid Nazrey Johani memberitahu dia belum meninggalkan bidang nyanyian.

Memetik laporan Utusan, bekas anggota kumpulan Raihan ini berkata dia masih menjadikan nyanyian sebagai periuk nasi disamping menguruskan sebuah sekolah tahfiz memerlukan tumpuan yang banyak menyebabkan dia berkorban untuk memantau hasil usahanya itu dari dekat.

"Memang selepas berniat untuk membuka sebuah sekolah tahfiz. Saya nekad untuk berpindah terus ke Sabah. Sebab saya mahu bantu orang Sabah, bagi saya tiada orang lain yang faham mengenai tempat ini selain orang yang dibesarkan di sini seperti saya.

"Tetapi tidaklah saya menutup terus peluang saya untuk membuat persembahan. Ironinya selepas ramai yang tahu saya buka sekolah ini, makin banyak pula tawaran untuk bernyanyi. Malah tidak sekadar di Sabah tetapi seluruh negara dan beberapa negara luar,” katanya.

Membuka rahsia sebenar kehidupannya kini, Nazrey tidak menolak sebenarnya untuk membuka sebuah rumah tahfiz, dia perlu menjadi lebih kaya dari apa yang orang bayangkan. Katanya, pandangan orang yang mengatakan dia hidup melarat dan miskin langsung tidak benar kerana untuk menjalankan sebuah sekolah memerlukan perbelanjaan yang banyak.

“Saya memerlukan hampir RM20,000 sebulan untuk memastikan sekolah tahfiz itu berjalan dengan baik. Jadi khabar angin mengatakan saya hidup miskin adalah tidak benar. Bahkan saya sebenarnya perlu lebih kaya dari dahulu.

“Namun bukan itu yang mahu sampaikan, apa juga cabaran yang dilalui, saya buat dengan ikhlas untuk membantu menegakkan syiar Islam di bumi Sabah. Alhamdulillah setakat ini ada bantuan yang sampai kepada saya untuk sama-sama membantu sekolah tahfiz ini,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.