MALAYSIAKINI
DAP Pulau Pinang tidak ada rancangan untuk membubarkan dewan undangan
negeri sekaligus mengendurkan spekulasi akan berlaku pilihan raya di
negeri itu.
Spekukalasi itu bertiup kencang berikutan kenyataan Timbalan Ketua
Menteri II P Ramasamy bahawa DAP sedang mengkaji dua pilihan sebagai
tindak balas kepada dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Salah satu pilihan tersebut adalah mengadakan pilihan raya negeri,
selain menunggu pilihan raya umum akan datang sebelum Ogos 2018 untuk
mengukur sokongan rakyat terhadap Lim, DAP dan kerajaan negeri.
"Kami belum membuat sebarang keputusan untuk mempertimbangkan
membubarkan dewan undangan negeri," kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow
Kon Yeow dalam sidang akhbarnya hari ini.
"Tidak ada keputusan untuk membawa isu ini kepada parti negeri atau jawatankuasa peringkat pusat.
"Selain itu, ini adalah satu isu lama, saya telah jelaskan sebelum
ini dan tidak mahu menambah apa-apa lagi," kata Exco berkenaan.
Sementara itu, dalam majlis yang sama, Chow menerima RM18,500
daripada Bersih Shanghai dan Suzhou, China sebagai derma untuk kempen
solidariti Guan Eng.
Pada pukul 3.45 petang hari ini, kempen itu telah berjaya mengumpul RM1,881,635.61.
Lim ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 29 Jun
dan mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berkaitan
pembelian banglonya di Jalan Pinhorn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan