Bekas
Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal akhirnya mengumumkan keluar daripada
parti selepas keahliannya digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO pada
mesyuratnya, 24 Jun lalu.
Berucap
di hadapan lebih 5 ribu penyokongnya, Shafie berkata, "Perjuangan kita
akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di
Sabah dan Semenanjung untuk membela bangsa dan negara."
"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.
"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang UMNO, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam UMNO," tegasnya lagi.
Selain
merupakan pemimpin kanan parti dan kerajaan sebelum digantung
keahliannya bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang dipecat
daripada UMNO, Shafie adalah antara pemimpin utama yang terlibat dalam
membawa masuk UMNO ke negeri Sabah.
Beliau
dipecat sebagai menteri dan kemudian digantung daripada UMNO hanyalah
kerana kelantangannya bertanya mengenai 1MDB dan derma ribu-ribu juta
yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak.
Dengan
mengumumkan keluar UMNO sambil bertekad untuk terus berjuang, Shafie
benar-benar telah membuktikan beliau adalah "lanun Bajau laut"
sebagaimana yang selalu disebut sendiri oleh Najib dalam beberapa
Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.
"Lanun Bajau laut" bukan saja pantang dicabar, tetapi juga pantang dihina dan dizalimi.
Hanya
kerana 1MDB dan wang beribu juta yang tidak mampu diberi jawapan
meyakinkan, Shafie yang pernah berjasa dan berperanan penting membawa
masuk UMNO ke Sabah, kini sudah ditolak ke tepi dan tidak lagi dihargai.
Sebelum
Shafie, Tun Mahathir Mohamad juga mengambil tindakan keluar UMNO
sebagai protes terhadap Najib. Ia juga disebabkan skandal 1MDB dan wang
beribu-ribu juta yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Selepas
UMNO diharamkan pada 1988, Tun Mahathirlah yang memulihkannya semula
sehingga ia diterima sama seperti UMNO yang sebelumnya, malah Tengku
Razaleigh yang menubuhkan Semangat 46 pun akhirnya akur untuk kembali
bertaut dengan UMNO pada 1996.
Tetapi
kini, Tun Mahathir yang menubuh dan memulihkan semula UMNO serta Shafie
yang membawa parti itu ke Sabah sudah tiada lagi bersama UMNO.
Tindakan
Tun Mahathir dan Shafie keluar UMNO adalah isyarat mereka tidak lagi
percaya UMNO yang dipimpin Najib sekarang sebagai UMNO yang
sebenar-benarnya. UMNO sudah menjadi parti Najib.
Tanpa
Tun Mahathir dan Shafie, UMNO di Semenanjung dan Sabah hanyalah tinggal
sisa kerana pasti mendorong lebih ramai tidak mahu memberi undi mereka
dalam pilihanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan